Wednesday, May 6, 2009

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketikabersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampirdengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikankedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:-

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daritempatasalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh
.- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkanlingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akansujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secaraautomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakitbuah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudahkembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombangperut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah danoksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dansebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan alirandarah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yangtidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukandarah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

No comments: