Tuesday, November 24, 2009

3 cahaya di hari kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan
: * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid. Kelima, orang yang suka minum arak." Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam. ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu se mas a nyawa kitasedang dicabut. "Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

Friday, October 23, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL










Wah aku berdebar2 nie pertama masuk contest cuba apa salahnya di sini aku sertakan gambar ank aku yg aku rasa senyum nya paling come ;;

Nama : Muhammad Hakim Bin Kamarudin
Umr : 1 thn 2 bln
tarikh lahir : 26.Ogos 2008

So pada kawan-kawna yang nak join contest ni silalah ke linkSMILEYKIDZ

Thursday, October 15, 2009

Best fren forever




EEE bila lah kami nie nak kurus ...yg paling debab adalah aku hehhehee
apa leh buat mkn x hingat ..dah ada penyakit pun masih x nak jaga badankan.
mulai sekarang kami bertiga dah tekad utk kurangkan berat bdn mulai bln depan la
bln nie leh mkn sedap2 lg kan kawan2.....

kami 3 sekawan nie debab2 pun rajin pastu come hehehehe perasan sendiri jap.
kalau x puji sapa lg nak puji aku nie hahaha...
Gambat nie masa buat jamuan raya kat Setapak 14.10.09 ...

Thursday, October 1, 2009

Sehari Di Hari Raya











Oh Ayah Oh Mek terima kasih kerana membesarkan anak mu yg manja ini dgn penuh kasih sayang
20 Sept 2009 Aku beraya di Kelantan ...Akhirnya dpt juga balik kelantan tima kasih
huby tersyg kerana memahami ,maklum lah mek pun sakit sekurang2nya kami balik
beraya seronok dia. Raya thn nie x ada apa yang istimewa sgt macam biasa2 saja tp disebabkan
kak yah aku yg shah alam tu balik dia masak lah rendang gan kuah kacang .huby pun rajin gak
g buat lemang umah ct sedapnya lemang resipi yoep tu .....
Seminggu di kampung rasa sekejapp jer sedih pulak rasanya nak balik kl tambah2 tgk mek
dia pun sedih bila kami nak balik kalau boleh suh duduk gan dia jaga dia bagi dia makan
manja2 gan dia ... I love u mek..... uwaaaa nak nagis aaar

Friday, August 28, 2009

MC sakit perut Gastrik pulak




Muka sakit ke camnie hehhehehe
smlm sakitnya perut pastu berak2 lg
G klinik doc kt gastrik ...sml rasa seksanya nak tngu sampai buka pose tah napa sml hausnyaa, agaknya merayap ke Tesco lah Carefour lah saja jalan2 berdua..ank g antar umah bb siter sbb aku nak rehat kan......oo sedapnya tido smlm hujan pulak tu....layannnn

Hakim 1 Thn
















Pejam celik pejam celik hakim dah pun umur setahun ...aku rasa baru jer perut aku di operate

masih terasa pedihnya....Aku bersalin di Hospital Besar Kuala Lumpur pd 26.8.08
jam 2.20 kena operation sbb BB dah lemas jalan dah buka pun tp bb tu nak kuar kut atas nak wat camner..sedihnya lahirkan ank no 3 nie...story mory nya camnie

BB kuar dah leh tecik tonet 1.8kg jer pastu doc kt dia dah telan air najis kena lah masuk NICU
utk monitor and masukkan Antibiotik supaya tiada jangkitan kuman dlm darah nya..
bayangkan dgn bdnnya yg kecik tgn pun kurs jer doc cucuk jarum masuk kan ubat sampai bengkak2 tangan kecik tu sedihnya sampai menitis air mata aku tgk ..
lepas masuk ubat 2 hari dia kuning pulak mana x kuning kuar2 perut biasanya bdk lain duk gan mak leh bg susu ibu byk2 kan ..dia lak duk nicu aku lak x leh bergerak sgt duk wad emm nasib lahh sian dia duk bwh lampu 4 hari.
Itu Kisah masa dia kecik lahh ...hari kelima dpt kuar spital balik umah
aku kena berpantang sendiri mek dah x sihat x eh dtg jaga aku ..nak balik kg lak iman sek
emm Allah saja yg tahu betapa susahnya aku nak jaga bb nak jg yg no 2 wat keje umah
macam2 lah .....aku redha semenya ....
Sebulan demi sebulan bdk kecik tu dah semakin berisi seminggu dpt naik 200 gram
ok lah tu kan ...sampai lah sekarang aku rasa ada lah kut 9 kg dah...dia suka makan
apa saja org makan dia mkn kalau x kasi dia punya gamuk cam sakit2 nagisnya..

semalam ayah dia belikan kek kecik jer saja2 nak raikan dia dah sthn abg2 dia lah yg paling kecoh nak kek. suka lah bdk2 leh tiup lilin hehheheeh










Thursday, August 20, 2009

besday kat opis





Majlis hari jadi kat opis ...wat makan2 sikit masak nasi lemak

lauk sotong gan sambal bilis .....sedapnya chess kek tu





Wednesday, August 19, 2009

Sapa tak nak Anak bijak






Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka . Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja. Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :


· Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.

· Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.

· Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

· Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain

· Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."

· Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir mereka akan menghafalnya dengan cepat .

· Sikap buruk - nobody is perfect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.
Peranan ibubapa

· Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari

· Sabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang-nak- dibuat-main. eri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.

Friday, August 7, 2009

Kosmetik Nur Suci

citernya aku bertekad nak guna gak produk kecantikan Nur suci ada day toner night toner sabun dan sunblock rega berpatutan RM 95.00...hari pertama pakai dah rasa kesannya
bila muka jd tegang dan nak merah2. bila hari kedua rasa macam terbakar muka merah
u cam udang bakar gitu ... aduh masa cuci muka gan sabun pedihnya plus gatal2 lg.
tanya kwn2 pun depa mengalami masalah yg sama legaaa.

hari ketiga mula laa mengelupas beb maklum lah banyak benor sel kulit mati kat muka aku nie lg pun mana pernah sebelum nie aku ambik apa2 produk kecantikan
emm mula lah muka mengelupas nya merah x yah citer aar cam alergik lak nampaknya
....kakak opis lak tengok semacam jer risau gak sikit2 mana lah tau kut2 x sesuai
gan kulit aku kan....sabar2 .....masuk minggu kedua dah kurang merah tp gatal2 masih ada
tambah2 berpeluh atau panas aku x tahan tul kalau duk umah msak kat dapur
rasa kulit muka nie ada ulat mereyam gatainya garu kan jd cam kulit biawak lak kan
luka berparut lak ... sabar gosak2 jer muka aku nie nak cantik kan kena lah sabar
produk owner tu kata perkara cam nie normal lepas 2 minggu hingga sebulan jd elok lah.

pada hari yg ke 12 muka aku dah nampak elok dah kurang gatal2 dan merah2 pun dah pudar
agaknya dah abis mati kut kulit mati aku tu hehehhehe ....suka nya muka x merah sgt
yg penting x gatal2 lg..

emm dah cukup 2 minggu muka aku dah elok dah nampak bersih dan licin
Alhamdulilah berkat kesabaran kan..... kalau ada gambar nanti aku nak masukkanlah dlm nie wat kenangan hehhehehe..... muka dah pinky2 gitu hahahhaha

Sapa2 nak guna nur suci hendaklah bersabar dlm masa 2 minggu yer
begitu seksa sekali rasanya,.........

Thursday, July 30, 2009

kek coklat best

Chocolate Mooise Cake

Gula kastor 1cwn
Minyak masak 1cwn
Telur 4biji
Serbuk koko 1cwn
Air suam 1/2cwn
Tepung gandum 1cwn
Baking powder 1sudu teh
Soda 1sudu teh
Susu ideal 1cwn
Susu pekat 1/2cwn


Cara membuat;
Gaulkan semua bahan mengikut aturan diatas hingga mesra.
Bakar dalam ketuhar 180c selama 45minit

Macaroni Goreng

Macaroni Goreng

Macaroni tiub .. (rebus letak minyak sikit spy x melekat)

Kuah:

Tumis bawang besar & bawang putih (didadu)
Cili kering ikut nak pedas mana
masukkan Daging cincang sampai nampak empuk
tomato puree
cendawan
batang celery
buah tomato (didadu)
cheese
garam (secukup rasa)
oregano (secukup bau) hehe


resipi sumbangan aida...

Agar-agar santan

Bahan A

1 peket agar agar (yg telah direndam)
1 ketul gula melaka (boleh ganti ngan pandan emulco kalau nk perisa pandan)

Bahan B

6 biji telur Gred B (kalau guna gred A, 4 biji yea murid2)
1 cup gula pasir
2 1/4 santan (kalau guna santan parut, sekali perah jea.. Tammo cair2 ekk)

Cara membuatnya

Cairkan agar agar (nk sukat air berapa byk, sama level ngan agar agar)
Agar agar yang dah cair, masukkan gula melaka atau pandan emulco dan dibiar mendidih
Didalam mangkuk berasingan, pukul telur dengan gula.
Bila terasa pukulan sudah ringan, maksudnya gula sudah cair skit then masukkan santan.
Pukul lg kasi sebati.
Baru masuk adunan telur+gula+santan kedalam agar agar yang dh mendidih.
Biar sampai nampak ala ala pecah santan, baru angkat tuang dalam bekas (pecah santan boleh ikut suka ek, sama ada nk kasar2 mcm kat IB tuh, atau halus skit)
Tunggu keras then kita bedal laaa..=P

resepi sumbangan dr timmy

Wednesday, July 15, 2009

Hati ku gundah gulana

Wah tajuk cam hangat jer...Esok 16.7.09 aku kena interbiu utk kenaikan pangkat
benda yg paling aku x suka adalah Ditemuduga.... Ya Allah kuatkan semangat ku.
apa lah yg nak dijawab esok nie takutnya...aritu gatai sgt nak isi borang kenaikan pangkat
aku bukan nya nak isi sgt tp kawan2 nie bg semangat dan sokongan utk mohon kenanikan pangkat di Unit Global...

Aku x harap pun dpt naik pangkat nie krn aku lebih suka duk unit nie
biarlah dah berbelas tahun pun aku tetap setia gan CSM Complaint bil.
dah 13 thn aku duk unit niee seronokkk .

aku x tau nak jawab apa esokk uwaaaaaaaaa

Tuesday, June 30, 2009

Reunion lagi






Emm kenangan bersama kawan2.....
bila lagi kita nak berjumpa .........

Makan2 di PiZZa Hut
















Sebenarnya kami ( siti ,timi ) saja g mkn2 sempena ning nak bertukar keje ke kajang

dia dah berenti gan TM ,utk mengejar cita2 nya utk buat business,akak doakan kau

berjaya yer ning...


Makan2 pizza hut Di JJ Au keramat










Monday, June 29, 2009

ReUnion SMAS 27.6.09

mazni,cda badariah, faizah ,kat belakang tu pok loh dan aku yg tembam...
bergambar sakan wehh kat dataran putrajaya
Emm seronok sgt jumpa kawan2 masa sek menengah dulu, reunion kecil-kecilan di buat dekat kelab tasik putrajaya....jam 2.30 aku tngu zaidi kat grennwood zaidi kena kuar awal sikit sbb nak g ambik cda dan mazni kat ikea damansara ..tq zaidi belanja kitaorang dan jd driver kami...
kul 3.20 sampai ikea mazni baru sampai tngu lak cda 10 minit. cda sampai kami pun bertolak ke putrajaya aduh jem lak jalan nie...maklum ler ari sabtu jem bangat seh .
Jam 4.30 kami sampai dekat masjid putrajaya tunggu ler member2 lain sampai td sorang pun x sampai lg diorang duk putra jaya tuu eee lambat tul . rupa2 nya kami salah tempat pok loh kt kami kena pegi persint 8 kat situ kelab tasik putrajaya ingatkan dekat masjid tu apa2 pun sempat gak kami posing dekat dataran tuuu hehehehe mak dara punya posing lerr.
5.30 - 6.00 ptg baru ler sampai diorang emm x banyak berubah tetap spt dulu cuma perubahan fizikal jer lahh montok2 seme tambah2 yg perempuan ......
makan borak makan borak dah kul 7 lebih aii nak balik kul brp lah kita nie maklum le kami jer yg duk kl.... sebelum balik sempat lg bergambar kat keta Bada Wish (betuk ke tak eje tu ) tuuu baru beli bestnya keta baruuuu....
Perjalanan balik jalan clearr sampai umah kul 8.00 lebihh
Penat campur seronok jumpa kekawannnn
lain kali masuk gambar lagi.


Tuesday, June 23, 2009

22.jun.1977

Semalam genaplah umur aku 32 thn wah dah tua dah aku yer....
rindu nya zaman kanak2 tak tahu nak mainnn jer x yah nak pikir pasal duit keluarga dan macam2 lah.....

Pagi semalam saja goreng mihun makan gan kawan2 seronok gak ... nak buat jamuan hari jadoi kat umah jauh sekali ..malas aar penat.

Selamat hari Tua utk Aku hehehehhehe

Friday, June 19, 2009

Pakcik KU pergi Selamanya.....

18.6.2009 X dapat ku bayangkan org yg kusayang telah pergi selamanya....Pakcik aku adik kepada ayah aku telah meninggal Jam 2 pagi semalam...disebabkan semput/lelah...adik beradik ayah semenya lelah termasuk lah ayah ... dah 2 org adik ayah meninggal disebabkan semput..

JAm 2.30 pg semalam terima cal tertera nama abe har hati aku berdebar2 macam2 dlm pikiran aku tiba2 angkat cal dgr suara ank buah aku nangiss Ya Allah kuatkan semangat ku ..aku x pikir lain aku pikir mek jer yer lah dia kan tengah sakit .. ku kuatkan semangat tanya ank buah kenapa apa yg terjadi ..rupanya pakcik ku yg tiada ..Al fatihah utk nya semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg terpilih Aminnn.

Jam 7.00 pg abg lie dr shah alam cal tanya aku nak ikut dia balik ke tak... aku pun dalam dilema
nak balik ke tak nak ke tak..kalau balik kena bw bdk2 tu ...susah gak nak bw bdk 2 org tu kalau x der ayah diorang byk ragamnya... pikir punya pikir aku x jadi balik lah..lg pun 2 minggu lpas masa balik kg dah jumpa arwah..

Jenazah selamat dikebumikan jam 3.30 ptg .....Hari ini hari dia tah esok lusa hari kita.

Thursday, June 18, 2009

BuLaN ReJaB

Salam semua, utk di kongsi bersama amalan amalan yg penuh keberkatan di bulan Rejab…

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan
Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Wednesday, June 17, 2009

Alhamdullilah...

Alhamdulillah berjaya jugak aku ganti puasa hehehe... ingat minggu nie nak puasa sampai jumaat dpt lah 4 hari nak ganti sebulan tu pose... lain kali x moh bersalin bln pose lagi sengsara tul nak mengantinya byk benor vitamin M ..hari nie sudah 14 hari aku ganti ada lagi 16 hari yg wajib diganti......InsyaAllah akan aku habiskan ganti puasa tu.

Friday, June 12, 2009

otomen malaya

ish ish ank aku yg kedua niee lasak tul sibuk dok panjat kerusi nak jd atomen la kononnya ttuu
bahaya ilmie lainkali jgn wat laku tu tau nanti jatuh ptah tangan patah kaki..cam tu lah mama dia duk nasihat ..nak tahu dia jwb apa (BAIK BOSS) hehhe macam2 ler dia nie nak marah pun x jd...

Ayahh


Ayah aku ensem kann ..tu pun dah berumur kalau masa muda mudi dulu lg ensem jd rebutan
anak dara kat kg tuu... kalau lah ayah pandai masuk tenet baca N3 nie mesti kembang kucup idung ayah tu hehehhehee...nakal kan ank ayg yg bungsu nie.... Rindu sgt2 kat ayahh. Balik kg aritu terkejut gak napa ayah nie kurus sgt .. ktnya jg body takut kena penyakit nanti ... tp kan aku rasa dia mkn dah x terurus sejak mek sakit nie seme keje dia buat masak basuh kain seme lahh sian ayahh...kalau lah aku dpt duk sana terbela dia orng macam2 aku masak jaga diorang..
aduh sedihnya bila ingat kat diorang di kg.
AYah mek aku sentiasa doakan kesejahteraan kalian ..semoga sihat murah rezeki dan dipanjangkan umur.

Monday, June 8, 2009

1.6.09 sepupu aku kahwin

Sepupu aku yg perempuan tu kahwin 1.6.09..cuti sek apa lagi balik kg lahh
leh jumpa mek gan ayah lama dah x balik rindu kat diorang...








Dah pun jadi suami isteri semoga bahagia keakhir hayat.....

mohd hakim

Gambar nie aku ambik masa kat kg seminggu tu kg x der keje hehehhe

WAhh serius nya hakim apalahhh yg dipikirnya tuu




Tutup mulut tu sayangg nanti masuk lalat hahahaa













Emm gambar nie palinh mama suka ...Hakim senyum come sgt lg pun mata tu x der lah nampak bulat sgt cam bola golf ....







Emmm yg nie pun cute suka sgt gambar nie






Friday, May 22, 2009

IKAN BILIS

Sebut pasal ikan bilis ni kan walaupun dia kecik tp sedappp bila goreng taruk bawang gan cili api apatah lg kalau dibuat sambal campur petaii pehh sedap beb... kalau mkn gan nasi panas2 mak mertua lalu belakang pun wat2 tak nampak .

kenapa aku melalut pasal ikan bilis nie.... citanya gini rehat td aku ain gan z g chowkit beli ikan bilis sampai 10 hingit ... .. kelakar tul si ain dia boleh tak nampak rega ikan bilis dia beli tu 13 hingit siap ckp lg kat aku "wei aku nak wat apa ikan bilis byk2 nie 3 ingitt ktnya" aku tgk rega yg dia ambik tu betul ke minah nie beli 3 hingit ikan bilis cantik tu yg aku pun lg mahal tak leh jadi nie ....tilik punya tilik 13 hingit rupanyaaa ada ke no 1 tu di blurkan so nampak ler cam 3 hingit pandai tul depa nak tipu pembeli kannn , lain kali tilik betul2 yer ain kalau x cukup besar kita bw kanta pembesar g chowkit .

Aku dah bau pasar satu badan aduhh lambatnya nak balik ... bestt arr ain dah tukor bajuuuu
dia bw baju sbb ptg karang kami nak senam robik ...... demi kesihatan aku senam gak tp pakai baju kurungggggggggggg


Dahhhhh

Nak balik kg Nak balik kg

Balik kg.... seronoknya kan dpt jumpa mek gan ayoh yg amat aku sayangi dan sanjungi
tanpa mereka aku x akan dilahirkan didunia ini. Plannya nak balik nanti cuti sekolah awal bln jun tp............ tgklah camner budget sbb budget dah lariiiiii

Insyaallah aku akan balik jugak sbb dah lama sgt x balik lg pun dah janji gan diorang
mek lah sgt2 merindui ku.... aku juga rindu pada mekkk uwaaa nak nagis rasanya.

Harini aku x der mood nak keje tambah2 leher aku nie sakitt bangat salah bantal rasanya sbb bgn tido semalam rasa sakit leher .
malam nie kalau sakit lg nampaknya aku kena g klinik lahhh x tahan dah cam robot jdnya..
aduh sakit aduh aduhh

Tuesday, May 12, 2009

SanTai Di Glory Beach Resort





Wahh kemain sonok lagi huby aku tu mandi kolam gan ank2 dia sampai x hingat kat aku kat atas gan si hakim tambah2 sikecik tu x sihat nasib lahh aku x leh join diorang bersukan segalanya.

Walau apa pun kenangan famili day unit complaint setapak tetap jd kenangan terindah

ReUnion SMAS

SEk.Men.Abdul.Samad....... sek yg banyak kenangan dr tkt 1 hingga lah tkt 5
plannya nak wat perjumpaan pd 27.jun nanti nampaknya ramai yg nak join seronokknya dpt jumpa kawan2 lama .... sekarang ni nak update blog pun x sempat maklum ler dok sibuk telefon kawan2 lama... ok next entry aku cita lak camner gempaknya bila dah jumpa dioranghehheheh
tungggguuuuuuuuuu

..

Friday, May 8, 2009

Iklan GG dr Ain


Cantik nya GG kami berdua hahahahhaha
sapa lg nak puji kalau bukan diri sendiri....
Ain kawan baik aku yg baru ... cayang ain debab

Sahabat ku

Siti Zaleha kawan satu kerja satu kampung dan satu sekolah ...bukan setakat kawan bahkan cam adik beradik bg aku lah tak tau la dia tp aku rasa dia pun sama jer gan aku hhuhuhuhu....
saja nak ungkit cita thn 1999 iaitu thn keramat bg z bila dia di ijabkabul gan mus suami tercinta ...MULA dr tarikh tu aku rasa cam tersisih maklum lah org dah kahwin aku lum lg masa tu sedihhh sgt kawan baik aku dah kahwen, masa mlm nikah dia tu aku x tau nak cita camana gembira ada sedih ada ..... apa2 pun kwn aku nie dah pun ada 3 cahaya mata dan sebbuah keluarga bahagiaaaa

Walauapa pun ko tetap kawan aku

ex boss lagi


En Zaini dalam kenangan ...jasa pun dikenang

kenangan bersama ex boss


Ex Boss Pn Hasnah Abdullah
dah vss 3 thn yg lepas ....

RAHSIA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Thursday, May 7, 2009

misss u




Rindu kat hakim harap2 mlm nie jgn meragam lg tau
cepat2 lah sihat wahai ank mama cayang


rotiiii

Kenapa aku letak title roti nampak biasa tp ada rahsia disebalik nama rotiiii.
rahsianya kan adus sedih aar nak cite hehehehe suspenn nya.
sebenarnyakan roti bakar nie sedap tambah2 sapu planta letak lak gula pehh bakar mmm baunya satu opis tuu....pastu ada lah bunyi2 yg memang aku dah agak mesti bunyi punya bunyinya kan "sedapnya bau roti bakar" kalau 2 3 kali duk ulang bukan ke nak namanya hehhehehhe.
maklum ler yg membakar x bunyi offer kan kalau kata nak ke ishh laju jer nak lah satu....
yg jd aku nak geramnya bukan apa ada ke dia tu bawa roti sebungkus bukan mahal pun 2.10 jer letak je kat pantri tu ni tak asal org bakar roti jer sedap2 ktnya... aku bukan kedekut gan rega roti 2.10 tu tp kan apa salahnya beli roti tu kalau malas bakar meh aku tulun bakar kan...
nak tahu sapakah Gerangannya tadaaaaaaa biarlah rahsia hehehhehehhehe

sakit kepala lak

Pagi2 lagi aku dah sakit kepala arinie agaknya terbgn lewat sgt terkejut beruk dibuatnya sedar2 jam 6.49 pg.....dah terlewat bagai iman pun x sekolah lah arinie ...aku apa lagi macam kucin jatuh ank la dgn baju sek agama iman x gosok gan beg ank2 nak antar umah bb sister x kemas lg ahhh macam2 aku nak buat nie ... dlm hati masih membara pasal mlm td rasa2 cam x nak g keje jer ...

cita pasal mlm td ...aku bengang sgt gan huby aku nie mana tak nya dia pun tahu dan tgk tengok camner meragamnya si hakim tu yer lah bdk tak sihat dgn merengeknya nak berdokong pastu nagis2 aduhhh penatnya .... bole dia g lepak minum gan kwn kul 12 mlm baru balik rasa cam nak meletup rasa hati aku nie .cuba bayangkan aku buai dia saja dekat 2 jam nak tinggal masuk bilik air pun dia punya nangis cam org sakit2 ....sabar jer lah sekurang2 nya kalau ada ayah dia leh gak lak gilir2 jaga... YaAllah kuatkan semangat ku dan tabahkan hati ku utk mengharungi segala cabaran hidup.

Emmm apa2 pun aku nie tetap sabar nak jd ibu mithali kata kannn

Wednesday, May 6, 2009

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketikabersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampirdengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikankedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:-

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daritempatasalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh
.- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkanlingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akansujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secaraautomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakitbuah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudahkembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombangperut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah danoksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dansebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan alirandarah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yangtidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukandarah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

cayang timy


hah tu dia fatimi dia merangkap adik laaa
bdk nie baik ati pandai buat kek sedap cup cake diaaa
dulu dia keja satu opis kat setapak ,sekarang dah g Shah Alam nak tukar
hangin katanya ....walaupun jauh tp dekat dihati maklumler hari2 ada kat gtalk...cayang timy

The best freinds




Korang lah kawan yg best sekali kat sini emmm ...segala suka duka kita leh kongsi bersama
harap kekal selamanya ............hai sidebab sayang koraang muahhh